PELAKON Hollywood, Emilia Clarke mengakui tidak dapat menahan air mata apabila akhirnya bersemuka dengan penyanyi terkenal, Beyonce selepas tamatnya acara Oscar. Memetik laporan CNN, pelakon Game Of Thrones itu terlalu teruja menerima jemputan ke acara Oscar apatah lagi dapat bertentangan mata secara langsung dengan selebriti Beyonce. "Sewaktu saya bertemu dengan Queen Bey, keadaan saya pada ketika itu tak berapa nak baik dan saya pun mula menangis. "Saya tak jangka pun akan berjumpa dengan mereka secara personal dan saya tak pernah mengharapkannya sebab saya sudah cukup teruja apabila dijemput ke acara Oscar," katanya. Emilia dikenali menerusi lakonannya dalam Game Of Thrones. Terkini, Emilia mempromosikan filem terbarunya berjudul Last Christmas. Tambah Emilia, jadual yang padat memerlukan dia untuk bekerja lebih masa. "Kami shoot masa Christmas di London tahun lalu dan kami berada di Covent Garden serta Regent Street. "Kami mula bekerja pada tengah malam dan selesai penggambaran pada keesokan hari," ujarnya. - CNN