RAJA Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) berkongsi kegembiraan menyambut perayaan Deepavali tahun ini bersama isteri, Gauri Khan dan anak lelaki, Abram, 6, di Delhi, India. Menurut Shah Rukh, 53, dia mahu Abram menimba pengalaman baru meraikan perayaan Deepavali seperti menyaksikan pesta lampu di sana. "Saya ambil keputusan untuk sambut Deepavali tahun ini bersama Gauri dan Abram di Delhi. Shah Rukh Khan pernah meminjam Vespa pakciknya untuk pikat hati Gauri. "Memandangkan usia saya semakin meningkat, saya mahu Abram timba pengalaman baru di sana," katanya kepada Indian Exress. Dalam pada itu SRK sempat menceritakan pengalaman memikat hati Gauri menggunakan motosikal Vespa pakciknya. "Isteri saya dulu tinggal di Panchsheel. Jadi, saya banyak berkeliaran di sini. "Ada satu masa, saya terpaksa pinjam Vespa pakcik saya untuk tarik perhatian Gauri," ujarnya. - Indian Express