suria

Krisdayanti muat naik foto di sisi suami, tepis rumah tangga 'goyang'

Krisdayanti muat naik gambar di samping suami di hospital.

PENYANYI terkenal Indonesia Krisdayanti menafikan rumah tangga yang dibina bersama ahli perniagaan Raul Lemos kini berdepan masalah. 

Memetik laporan Liputan 6, Krisdayanti meminta netizen untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan rumah tangga selepas status curang yang dimuat naik suaminya baru-baru ini.

Menurutnya, soal pekerjaan dan juga kekangan masa juga boleh menjadi sebab mengapa pasangan suami isteri bergaduh.

Krisdayanti dan Raul Lemos nafi rumah tangga bermasalah.

"Bukannya punca kecurangan sahaja yang boleh membuatkan masalah rumah tangga itu retak. 

"Kadang-kadang, suami dan isteri juga pun boleh gaduh sebab kerja dan kekurangan masa," katanya. 

Krisdayanti juga memuat naik foto di laman sosial ketika sedang menemani suaminya menjalani pembedahan katarak mata di hospital. 

Bukannya punca kecurangan sahaja yang boleh membuatkan masalah rumah tangga itu retak.

Krisdayanti

Penyanyi

"Alhamdulillah pembedahan katarak berjalan dengan lancar sayangku, ini kesan daripada pembedahan retina yang suamiku buat tahun lepas, jadi ia mengganggu mata kirinya," tulisnya di Instagram.  

Menerusi posting di media sosial, Krisdayanti tidak berhenti memberikan semangat kepada Raul.

"Sihat terus sayang, banyakkan bersabar di setiap langkah dan semoga dalam lindungan Allah yang pemurah," tulisnya di Instagram. - Liputan 6

Krisdayanti

Artikel Lain