suria

Alami masalah pita suara, Miley Cyrus rehat aktiviti seni

Terpaksa berhenti menyanyi, Miley Cyrus hadapi masalah pita suara.

PENYANYI terkenal Hollywood, Miley Cyrus mengumumkan untuk berehat seketika daripada melakukan aktiviti seni kerana terpaksa menjalani pembedahan pita suara.

Memetik laporan People, Miley sudah lama sedar akan masalah pita suara yang berlaku, namun dia tidak sangka kesulitan yang dihadapi memerlukannya menjalani pembedahan. 

Menerusi postingnya di laman sosial, Miley masih menjalani rutin harian seperti biasa dengan melakukan senaman hot pilates walaupun dia terpaksa berhenti menyanyi dalam waktu tertentu. 

Miley lakukan pembedahan pita suara sebelum awal tahun hadapan.

"On vocal rest not body (berehat daripada aktiviti vokal bukannya senaman)," tulisnya di laman sosial Instagram. 

Penyanyi lagu Wrecking Ball itu dilaporkan berada dalam kondisi yang baik sebelum memutuskan untuk menjalani pembedahan pita suara sebelum awal tahun hadapan.

Untuk rekod, Miley pernah menjalani pembedahan tonsil sebelum ini pada bulan Oktober. - People

Miley Cyrus

Artikel Lain