AKSI bintang sensasi Kim Kardashian dan keluarga yang melakukan food fighting menerusi rancangan televisyen berjudul Keeping Up With the Kardashians mengundang kemarahan netizen di media sosial. Menerusi klip video yang tular di laman sosial itu, kelihatan Kim bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain sedang menikmati sarapan pagi di rumah mereka. Keadaan menjadi kecoh apabila mereka mula bergurau dan melakukan 'serangan' dengan membaling makanan dan mencurahkan minuman sesama mereka. Akibat daripada itu, mereka dianggap biadab dan tidak sensitif terhadap nasib masyarakat dunia yang kelaparan kerana tidak mampu membeli makanan lebih-lebih lagi perkara sedemikian dilakukan oleh individu terkenal seperti mereka. "Saya amat mengagumi anda sebelum ini, tetapi tindakan anda mempermainankan makanan seperti membuatkan saya berasa sedih apabila memikirkan masih ramai orang diluar sana terpaksa berlapar kerana tidak mampu membeli makanan. Food fighting yang dilakukan Kim serta keluarga dianggap melampau oleh netizen. "Video ini membuatkan saya terfikir mengenai nasib kanak-kanak yang miskin dan kelaparan. Sementara anda yang hidup dalam kemewahan boleh membuang makanan macam tu saja? Banyak lagi benda lain yang boleh anda lempar. "Ramai yang mati kerana kelaparan di dunia ini... rasa mual apabila tengok mereka lempar makanan macam tu. Anda sangat tidak sensitif! Lempar makanan untuk buat orang gelak. Mereka ingat kelakar? Hidup orang kaya," tulis netizen. Selain Kim dan keluarga, program televisyen Amerika itu turut dikecam kerana menyiarkan aksi keluarga selebriti yang melakukan pembaziran makanan buat penonton di seluruh dunia. - Cosmopolitan.com