suria

Taylor Swift kesal bekas pengurus halang persembahan di pentas AMAs dan guna lagu lamanya di dokumentari Netflix

Taylor dakwa Scooter Braun dan Scott Borchetta bersikap kejam.

PENYANYI terkenal Hollywood, Taylor Swift mendakwa bekas pengurus rekod labelnya dan tokoh industri muzik terkemuka iaitu Scooter Braun dan Scott Borchetta bersikap kejam apabila menyekatnya daripada melakukan persembahan bersempena dengan American Music Awards 2019 (AMAs). 

Taylor, 29, telah memuat naik sebuah posting di laman sosial meluahkan rasa kesal apabila tidak membenarkan dia menyanyikan lagu ciptaannya walaupun berjaya menerima anugerah Artis Dekad. 

"Tak tahu lagi apa yang saya boleh buat. Baru-baru ini saya diberi penghargaan oleh American Music Awards dengan mengumumkan saya sebagai Artis Dekad. 

"Saya dah rancang untuk raikan kejayaan saya sepanjang sedekad dalam industri di upacara tersebut tapi nak buat macam mana? 

Taylor Swift kesal Scott Borchetta (kanan) dan Scooter Braun bersikap 'zalim' terhadapnya.

"Scott Borchetta dan Scooter Braun tak benarkan untuk saya persembahkan lagu-lagu lama saya di televisyen sebab mereka minta saya perlu rakam semula muzik itu sebelum tahun hadapan," tulisnya di Instagram. 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Shake It Off itu turut memberikan berita mengejutkan kepada para peminat apabila lagu-lagu lamanya tidak terdapat di dalam footage dokumentari berkenaan gaya hidupnya yang akan disiarkan tidak lama lagi. 

"This isn't the way I had planned on telling you this news. Netflix telah mencipta dokumentari tentang hidup saya sejak beberapa tahun yang lalu. 

"Scott dan Scooter menolak penggunaan muzik atau rakaman prestasi saya yang lama untuk projek ini, walaupun tidak ada mana-mana pihak yang menyebut perkara tersebut dalam filem, termasuklah Big Machine Records," tulisnya. - Mirror

Artikel Lain