PELAKON Hollywood terkenal, Dwayne Douglas Johnson sekali lagi menjadi mangsa viral apabila berita palsu mengenai kematiannya tersebar menerusi laman sosial yang melaporkan dia terbunuh ketika melakukan aksi lagak ngeri. Memetik laporan Mirror, berita kematian Dwayne atau lebih dikenali sebagai The Rock kononnya dilaporkan BBC dengan tajuk 'The Rock meninggal dunia pada usia 47 tahun'. Bagaimanapun, pautan itu membawa pengguna media sosial ke laman web palsu dan mengecewakan peminat. Ini bukan kali pertama The Rock jadi mangsa penyebaran berita palsu. Aktor itu masih aktif menggunakan media sosial namun belum lagi memberikan sebarang penjelasan mengenai berita kematian palsunya yang tular itu. Ini bukan kali pertama The Rock menjadi sasaran berita palsu. Pada 2011 lalu, dia juga pernah menjadi mangsa viral apabila dikhabarkan sudah meninggal dunia sewaktu menjalani penggambaran Fast and Furious 7. Namun, The Rock sempat menafikan berita tersebut dan memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan yang sihat. - Mirror