suria

Elsa Pataky gembira Miley Cyrus berpisah dengan Liam Hemsworth

Elsa gembira Miley tidak lagi menjadi salah seorang ahli keluarga.

ISTERI kepada pelakon Chris Hemsworth iaitu Elsa Pataky meluahkan rasa syukur apabila penyanyi Miley Cyrus kini bukan lagi ahli keluarga mereka.

Memetik laporan Hollywoodlife, Elsa mengakui Liam Hemsworth kelihatan kecewa ketika hubungan dengan Miley berakhir namun adik iparnya itu berjaya mengharungi situasi berkenaan.

Malah Elsa menganggap Liam seorang yang kuat dan sememangnya layak mendapat seseorang yang lebih baik daripada Miley.

Miley dan Liam berpisah selepas lapan bulan berkahwin.

"Adik ipar saya, selepas hubungan berpuluh tahun itu berakhir, dia nampak kecewa tetapi dia berjaya mengharunginya.

"Dia seorang yang sangat kuat dan layak dapat yang lebih baik. Saya yakin dia sememangnya layak dapat yang terbaik," katanya.

Pada Ogos lalu, Miley mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan perpisahan dengan suaminya, Liam Hemsworth selepas hanya lapan bulan berkahwin.

Artikel Lain