suria

Lee Yoon Ji kini sedang hamil anak kedua

Lee Yoon Ji akan berkongsi lebih lanjut mengenai kehamilannya tidak lama lagi.

PELAKON Lee Yoon Ji berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Memetik laporan Soompi, agensinya iaitu Namoon Actors mengesahkan perkara tersebut dan berharap peminat dapat mendoakan Lee Yoon Ji.

"Lee Yoo Jin kini sedang hamil anak kedua. Tolong doakan untuk dia," kata wakil agensi.

Lee Yoon Ji mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor gigi pada 2014 dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ra Ni pada 2015.

Pelakon itu akan berkongsi lebih lanjut mengenai kehamilannya menerusi episod Same Bed Different Dreams 2 - You Are My Destiny tidak lama lagi.

Lee Yoon Ji

Artikel Lain