suria

Polis temui memo tulisan tangan Goo Hara di lokasi kematian

Goo Hara

KEMATIAN Goo Hara pada usia 28 tahun masih mengejutkan ramai pihak termasuk peminatnya.

Terbaharu, polis yang menyiasat kes kematian itu menjumpai catatan tulisan tangan di lokasi kematian Goo Hara.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat malam Goo Hara... Agensi sediakan tempat khas untuk peminat beri penghormatan terakhir

Catatan yang ditemui itu mendedahkan perkara-perkara buruk tentang diri bintang Kpop itu.

"Nota itu sangat pendek dijumpai di meja ruang tamu. 

"Mayat Goo ditemui oleh pembantu rumah dalam keadaan tidak bernyawa pada Ahad.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian itu," ujar polis. 

Pada hari kejadian, pembantu rumah yang mempunyai hubungan baik dengan Goo tidak dapat menghubungi wanita itu dan terpaksa memeriksa rumah wanita berkenaan. 

Hasil siasatan kamera litar tertutup (CCTV) juga mendapati tiada sesiapa masuk ke rumah penyanyi itu selepas dia pulang kira-kira pukul 12.35 pagi.

Sehingga kini pihak polis belum memutuskan untuk melakukan bedah siasat terhadap mayat Goo Hara atau tidak.

Goo Hara ditemukan meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi Isnin di kediamannya di kawasan Cheongdam, Seoul, Korea Selatan.

SUMBER: Karaboo

Goo Hara

Artikel Lain