suria

Ariana Grande ketawa lihat semula video tersungkur atas pentas ketika konsert di Florida

Arianna gagal mengawal imbangan badan dan aturan langkah yang menyebabkan dia jatuh tersungkur di atas pentas.

PENYANYI terkenal Ariana Grande dilaporkan jatuh tersungkur di atas meja selepas gagal mengawal imbangan badan dan aturan langkah kakinya ketika beraksi di konsert di Tampa Arena, Florida.

Bagaimanapun, Ariana sempat diselamatkan daripada terjatuh di atas pentas oleh salah seorang penarinya malah dia tertawa selepas momen terjatuh itu. 

Memetik laporan Mirror, Ariana, 26, tidak malu selepas mengetahui sebuah video yang memaparkan dia sedang berjalan di atas meja lalu tersungkur itu tular di media sosial. 

"Terima kasih sebab buat saya rasa disayangi sewaktu saya jatuh tadi. 

Ariana tidak malu ulang kicau video tularnya di laman sosial Twitter.

"Saya terpaksa jatuh. Sudah 87 persembahan yang saya buat saya tak jatuh, jadi ia terpaksa berlaku," katanya. 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Dangerous Woman ini tidak malu dengan apa yang berlaku malah sempat mengulang kicau video tersebut di Twitter yang dimuat naik oleh salah seorang peminatnya meskipun dia memiliki lebih daripada 67 juta pengikut. 

"Alahai. Sekurang-kurangnya saya masih dapat meraih butang itu. Saya menangis. Semua perkara berjalan dengan lancar," tulisnya. 

Selepas menerima lima pencalonan Grammy, Ariana terpaksa menolak banyak tawaran pementasan kerana masalah kesihatan. - Mirror

Ariana Grande

Artikel Lain