SEJAK akhir-akhir ini, pelakon Luna Maya dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka berasal dari Jepun yang dikenali sebagai Ryochin. Memetik laporan Liputan6, hubungan Luna dan Ryochin mula diperkatakan sejak mereka dilihat kerap berbalas komen di Instagram. Malah, Luna turut dikatakan sudah bertemu dan meluangkan masa makan malam bersama keluarga Ryochin di Jepun baru-baru ini. Luna Maya. Bagaimanapun, aktres tersebut memilih untuk mengunci mulut apabila ditanya berkenaan dengan gosip percintaan mereka. Menurut rakan baik Luna iaitu Ayu Dewi juga mengambil langkah untuk tidak mengulas mengenai hubungan cinta pasangan itu. "Tanya saja pada Luna la. Kalau saya dedahkan perkara itu bimbang nanti kami tidak lagi berkawan," kata Ayu.