SEJAK beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan berita mengenai isteri kepada penyanyi popular, Justin Bieber iaitu Hailey Baldwin yang dikatakan sedang hamil gara-gara beberapa keping gambar yang kelihatan seakan-akan 'baby bump'. Malah, Hailey juga dilihat seperti agak berisi berbanding penampilannya sebelum ini menyebabkan netizen membuat spekulasi bahawa dirinya sedang hamil. Enggan berdiam diri, Hailey yang juga merupakan seorang model tampil memberitahu bahawa dirinya tidak hamil sebaliknya perutnya itu buncit disebabkan makanan. "Ketika ini saya rasa internet sangat kelakar! "Tidak, saya tak hamil... saya cuma terlalu sukakan makanan," tulisnya. Hailey memaklumkan mengenai perkara itu menerusi Insta story yang dimuat naiknya di laman Instagram pada Ahad. Hailey dikatakan sedang hamil gara-gara beberapa foto yang menampakkan dirinya agak berisi. Dalam pada itu, ibu kepada Justin Bieber iaitu Pattie Mallette dilihat turut memberikan respon balas terhadap kenyataan yang dimuat naik Hailey. Menurut Pattie dia juga tidak sabar menantikan kehadiran cucunya itu. "Apa? Baby? Tak lama lagi, mungkin? Tak sabarnya saya! Ini bukan gurauan," tulisnya. Sebelum ini berita kehamilan mengaitkan Hailey tersebar luas dan ia sekali kali melanda model itu buat kali kedua dalam minggu ini. - Cosmopolitan.com