suria

Hubungan sering berantakan, nenek salahkan Kylie Jenner kerana miliki anak sebelum berkahwin

Esther berasa simpati terhadap nasib cucunya, Kylie Jenner.

NENEK kepada bintang sensasi Kylie Jenner iaitu Esther Jenner meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan cucunya yang memiliki anak pada usia muda.

Menurut Esther, 93, hubungan Kylie bersama teman lelakinya, Travis Scott sering berantakan adalah disebabkan pasangan itu memiliki anak sebelum berkahwin.

"Kami sering berhubung... saya menggunakan iPhone dan kami sering melakukan Facetime bersama. Kylie juga selalu bercerita mengenai Stormi dan dia sering memberitahu mengenai perkembangan anaknya itu.

"Cuma apa yang boleh saya katakan mengenai cucu saya itu adalah pemikiran anak-anak muda zaman sekarang jauh berbeza. Jika mereka ingat mereka akan bahagia apabila ada anak, tinggal bersama pasangan dan membina keluarga tanpa perlu berkahwin, mereka silap. Ianya tidak akan memberi apa-apa manfaat pun kepada mereka!

"Saya sangat bersimpati kepada Kylie dimana dia pernah ditinggalkan dan diabaikan oleh bapa suatu masa dahulu," ujarnya.

Selain itu, menjawab persoalan media sekiranya dia pernah bertemu teman lelaki kepada cucunya yang juga merupakan seorang usahawan popular Hollywood, Esther sebaliknya berkata dia lebih menyukai suami kepada Kim Kardashian iaitu Kanye West.

Hubungan diantara Kylie dan Travis sering bermasalah.

Menurut Esther dia lebih selesa dengan personaliti Kanye yang sangat menghormati orang tua selain turut menyifatkan penyanyi rap itu seorang yang bijak dan merendah diri.

"Saya tak pernah berjumpa dengan Scott tetapi saya nak beritahu sesuatu yang mungkin mengejutkan anda.

"Saya sangat menyukai Kanye. Dia seorang yang sangat bijak dan dia juga sangat merendah diri dan menghormati saya," tambahnya lagi.

Oktober lalu, Kylie mengumumkan sudah berpisah dengan pasangannya, Travis Scott selepas dua tahun menjalinkan hubungan.

Pasangan tersebut memberitahu mereka telah berusaha untuk mempertahankan hubungan mereka namun gagal.

Dalam pada itu, ada pihak yang mendakwa Scott telah berlaku curang terhadap Kylie, namun perkara itu dinafikannya. - Dailymail.uk

Artikel Lain