BIARPUN hubungan cinta pasangan penyanyi Gwen Stefani dan Blake Shelton sudah terjalin sejak 2015, mereka masih belum bersedia untuk berkahwin. Pasangan yang dipercayai sudah tinggal bersama di rumah baharu itu bakal mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat.t. "Blake dan Gwen masih tidak mahu terburu-buru untuk berkahwin. Tapi mereka kini sudah tinggal bersama dan sangat gembira dengan rumah baharu itu. "Mereka sangat serius dengan hubungan sekarang dan mungkin bakal berkahwin bila-bila masa sahaja. "Namun, ada kemungkinan jika mereka bertunang tidak lama lagi," kata sumber. Sumber - Hollywoodlife