suria

Leonardo DiCaprio nafi tuduhan Presiden Brazil, beri sumbangan untuk bakar Amazon!

Leonardo DiCaprio menafikan tuduhan tidak berasas oleh Presiden Brazil, Jair Bolsonaro.

PELAKON terkenal Amerika Syarikat, Leonardo DiCaprio menafikan tuduhan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro apabila dikaitkan dengan kebakaran hutan hujan Amazon.

Dicaprio yang sebelum ini membintangi filem Titanic didakwa menderma kira-kira AS$500,000 (RM2.0 juta) kepada sebuah kumpulan yang menyebabkan kebakaran di hutan berkenaan bagi mendapatkan sumbangan.

DiCaprio menyokong usaha Brazil bagi mengatasi krisis itu.

"Leonardo DiCaprio ini hebat kan? Memberi wang untuk membakar Amazon," kata Bolsonaro di Istana Presiden pada Jumaat lalu.

Jelas DiCaprio, tuduhan 'memperuntukkan sebahagian wang kepada individu yang menyebabkan pembakaran' itu dilemparkan oleh Bolsonaro ke atas dirinya tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Susulan tuduhan itu, DiCaprio kemudiannya memuat naik posting di Instagram bagi menafikan tuduhan ini.

Kebakaran hutan hujan Amazon di Brazil.

"Masa depan ekosistem ini tidak boleh dinafikan dan saya bangga dengan kumpulan yang melindunginya. Walaupun perlu disokong, kami tidak membiayai organisasi yang disasarkan," kata pelakon berusia 45 tahun ini.

Kata DiCaprio lagi, dia akan memberikan sepenuh komitmen dalam menyokong usaha Brazil bagi mengatasi krisis itu.

"Saya tetap komited dalam menyokong komuniti Brazil, kerajaan tempatan, saintis, pendidik dan masyarakat yang bekerja keras bagi menyelamatkan Amazon untuk masa depan rakyat Brazil," tulis Leonardo DiCaprio pada posting tersebut.

Sementara itu, World Wildlife Fund (WWF) turut menafikan telah menerima peruntukkan dari Leonardo DiCaprio selain menganggap tuduhan Bolsonaro sebagai tidak berasas. SUMBER: Liputan6.com

Leonardo DiCaprio, Amazon, tuduhan

Artikel Lain