suria

Pita suara bengkak, Shawn Mendes batalkan konsert di Brazil

Shawn Mendes terpaksa batalkan konsert kerana mengalami masalah kesihatan.

PENYANYI terkenal Hollywood, Shawn Mendes meluahkan kesedihan dan permohonan maaf kepada peminatnya kerana terpaksa membatalkan konsert yang sepatutnya diadakan di Sao Paulo, Brazil pada 30 November disebabkan masalah kesihatan.

Mendes turut menulis permohonan maaf menerusi akaun Twitter miliknya pada Ahad, mengatakan konsert tersebut terpaksa dibatalkan akibat mengalami laringitis (radang pada kotak suara) menyebabkan pita suaranya bengkak.

Posting yang dimuatnaik oleh Shawn di akaun Twitter miliknya menarik perhatian ramai.

"Sao Paulo, saya memohon maaf dan terpaksa memberitahu perkara ini, hari ini saya terbangun disebabkan berasa sakit, dan pergi berjumpa doktor, mengetahui bahawa saya mempunyai Laringitis serta jangkitan sinus yang menyebabkan pembengkakan pada pita suara.

"Ini menghancurkan hati saya untuk melakukan ini, tetapi doktor berkata saya tidak boleh melakukan persembahan pada malam ini atau ia akan menyebabkan risiko pada pita suara saya dalam jangka panjang," luah Mendes pada posting tersebut.

Penyanyi berusia 21 tahun ini memohon maaf atas apa yang berlaku dan berjanji kepada peminatnya untuk mengganti persembahannya nanti.

Shawn memohon maaf kerana terpaksa batalkan konsertnya.

"Saya sayang kalian dan memohon maaf jauh dari hati kerana saya sepatutnya berada di pentas malam tadi. Saya berjanji saya akan melakukannya semula buat kalian selepas saya kembali ke Amerika Syarikat," jelasnya lagi.

Namun begitu, berdasarkan info daripada laman web rasmi Shawn Mendes, konsert seterusnya dijadualkan berlangsung di Buenos Aires, Argentina pada 6 Disember ini.

Namun begitu, rata-rata peminatnya berharap agar keadaan Mendes akan pulih dengan cepat selain meneruskan penjelajahan konsertnya mengikut jadual yang dinyatakan. SUMBER- Liputan6.com

Shawn Mendes, konsert

Artikel Lain