PELAKON terkenal Korea Selatan, Lee Dong Wook buat pertama kalinya bersetuju membintangi watak sebagai seorang wanita menerusi sebuah drama baharu TvN, iaitu Tale of Gumiho. Menerusi drama Tale of Gumiho, Lee Dong Wook memegang watak makhluk rubah berekor sembilan yang telah hidup beribu-ribu tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Gong Yoo dedah perangai pelik Lee Dong Wook, suka hantar mesej sama dua kali ARTIKEL BERKAITAN: Lee Dong Wook dan Suzy berpisah Dia kemudiannya, bertukar menjadi seorang wanita cantik yang menggoda lelaki dan gelaran 'Gumiho' sangat sinonim dengan wanita. Lee Dong Wook mengambil cabaran membawa watak sebagai wanita. Menurut jalan penceritaan drama ini, Gumiho ditugaskan untuk menentang penceroboh yang mengganggu ketenteraman dunia dengan berselindung di sebalik identiti sebagai 'hantu wanita'. Pelakon berusia 38 tahun ini, mengambil cabaran dengan menjadi lelaki pertama yang memainkan watak sebagai makhluk ini menerusi televisyen Korean, dan menjadikan ia sesuatu yang luar biasa yang berkait dengan stereotaip jantina. Menariknya lagi, drama ini bakal ditayang di kaca TV pada pertengahan tahun 2020, jadi buat anda peminat tegar K-drama ini mesti tak sabar kan nak tengok macam mana Lee Dong Wook bawakan watak unik ini. Sementara itu, drama ini merupakan drama bersiri kedua lakonan Lee Dong Wook pada tahun ini, selepas dia membawa watak sebagai seorang pembunuh psikopath menerusi drama OCN Stranger pada Oktober lalu. -Soompi