suria

Peminat sanggup keluar duit buat billboard bergerak tuntut lebih banyak lagu untuk Blackpink

Billboard bergerak protes pengurusan Blackpink.

PEMINAT kumpulan Blackpink iaitu Blink menunjukkan protes terhadap syarikat rakaman kumpulan itu iaitu YG Entertainment.

Blink menuntut label itu menguruskan kerjaya Blackpink dengan adil dan merakam lebih banyak lagu baharu seperti mana kumpulan lain yang bernaung dalam agensi itu.

Blink bertindak mengumpul dana untuk memasang billboard bergerak tertulis Blink Demands for Blackpink yang dipakir di hadapan pejabat YG Entertainment.

Kumpulan peminat itu berpendapat Blackpink tidak dipromosikan seperti mana artis lain di bawah label berkenaan biarpun kumpulan itu sudah mencipta beberapa rekod bertaraf antarabangsa.

Mereka turut membandingkan keseluruhan lagu Blackpink sejak mula ditubuhkan pada tahun 2016 hanya memiliki 14 buah lagu.

Berbanding kumpulan Winner sudah melancarkan 42 buah lagu yang dikira sejak 2016.

Manakala iKon memiliki 11 buah lagu dilancarkan pada tahun 2015 dan ditambah 37 lagu dari 2016 hingga 2019.

Van billboard itu mengelilingi Seoul sambil memutarkan lagu-lagu Blackpink sepanjang jalan.

SUMBER: Billboard.com

black pink

Artikel Lain