suria

Nia Ramadhani gagal buka pintu bilik kerana terlalu canggih, anak beri cadangan guna pisau

Nia Ramadhani gagal membuka pintu bilik tidur di rumahnya.

PELAKON sinetron Nia Ramadhani terus menjadi perhatian netizen apabila gagal membuka pintu bilik tidurnya berikutan terlalu canggih. 

Menerusi posting di Insta story milik pembantu peribadinya, Theresa Wienathan, merakam aksi Nia yang sedang berusaha membuka pintu bilik sehingga beberapa minit.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani pernah sesat dalam rumahnya, harga katil pun cecah RM59,000!

"Tak boleh buka pintu bilik tidur sendiri. Itulah teknologi yang digunakan terlalu canggih," kata Theresa yang turut geli hati melihat gelagat pelakon itu.

Tanpa menghiraukan apa yang dikatakan pembantu peribadinya itu, Nia dilihat tetap mencuba untuk membuka pintu biliknya sehingga dia terpaksa mencangkung untuk membukanya.

Lebih melucukan apabila anaknya yang turut berada di situ turut menghulurkan sebilah pisau kepada Nia untuk digunakan.

"Apa sayang? Guna pisau? Jangan macam-macam ya," kata Nia.

Selepas beberapa percubannya itu gagal, Nia akhirnya berputus asa dan bertindak mencampakkan kunci pintu itu ke atas lantai.

"Apa nak buat ni? Dah cuba banyak kali tetap tak boleh buka. Nak pakai apa? Gergaji?" katanya lagi.

Nia Ramadhani, kunci pintu

Artikel Lain