suria

Timbunan wang tunai RM2 juta dalam peti ais, kejutan Cardi B sempena hari jadi suami

Cardi membuat kejutan luar biasa kepada suaminya, Offset.

PENYANYI rap Cardi B membuat kejutan luar biasa terhadap Offset bersempena ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-28 pada Sabtu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik ke laman Instagram milik Cardi, kelihatan Offset sedang duduk di sebuah kerusi sebelum Cardi membuat kejutan dengan meletakkan timbunan wang tunai berjumlah RM2 juta di dalam sebuah peti ais.

"Awak dah ada semua jenis kereta, dah ada pelbagai barangan kemas, dah ada banyak kasut dan awak dah miliki semuanya.

"Apa lagi yang saya boleh berikan kepada seseorang yang sudah memiliki segala benda?" soal Cardi yang kemudiannya memberi hint untuk Offset memandang ke arah peti ais yang berada di belakangnya.

Offset kemudiannya dilihat tergamam dengan hadiah yang diterimanya itu.

Offset menerima wang tunai berjumlah RM2 juta sebagai hadiah hari jadi ke-28.

"Happy birthday! Oh, selepas ini jangan ingat tiada hadiah Christmas untuk awak.

"Ini hadiah bersempena hari jadi awak. I love you," ujar Cardi.

Penyanyi lagu Bodak Yellow itu membuat keputusan untuk menghadiahkan suaminya itu wang tunai berjumlah RM2 juta kerana buntu dalam memikirkan barangan yang mahu diberikan kepada suaminya itu.

Menurut Cardi, dia memberikan wang tunai itu agar Offset boleh menggunakan ia untuk membeli apa sahaja yang diingininya selama ini.

Offset, Cardi B

Artikel Lain