suria

Kasih suami! Baim Wong beli bantal harga 2 juta Rupiah untuk isteri bersalin di hospital

Baim Wong beramah mesra bersama peminat

PELAKON terkenal Indonesia, Baim Wong membeli bantal berharga 2 juta Rupiah (RM500) untuk keselesaan isterinya ketika bersalin.

"Bantal ini, saya belikan buat Paula agar selesa sewaktu tidur.

"Bantal ini sangat mahal, ia sama harga dengan tempat tidur presiden Indonesia," ujarnya menerusi rakaman video di saluran YouTube miliknya.

Selain itu Baim turut menempah bilik di hotel berdekatan bagi memudahkan dia berulang-alik ke hospital menemani isteri, Paula Verhoeven.

Baim Wong membeli bantal untuk keselesaan isterinya ketika bersalin.

Katanya sebagai seorang bakal bapa, dia tidak mahu terlepas setiap kenangan bersama isterinya sebelum dan selepas bersalin.

Dalam pada itu mengikut laporan detikhot, Baim juga ada membuat tempahan bilik hotel untuk keluarga Paula supaya mereka lebih senang untuk menguruskan Paula dan anaknya itu.

"Saya juga ada membuat tempahan bilik untuk keluarga Paula, supaya senang untuk keluarganya menjaga Paula.

baim wong, bersalin

Artikel Lain