suria

Agnez Monica tak malu belajar budaya tradisi walau pernah dikecam kerana kenyataan tiada darah Indonesia

Agnez seronok mempelajari kepelbagaian budaya di negara kelahirannya, Indonesia.

MESKIPUN pernah menerima kecaman netizen kerana kenyataan tidak memiliki darah Indonesia, penyanyi Agnez Monica berkata dia akan terus mempelajari mengenai budaya tradisi negara kelahirannya itu.

Menerusi Instagram, Agnez yang sedang bercuti bersama keluarga di Bali, Indonesia dilihat turut mempelajari beberapa budaya tradisi warga setempat.

"Merasai kepelbagaian di negara saya... mempelajari tradisi Bali sambil memakai pakaian tradisional orang Bali," tulis.

ARTIKEL BERKAITAN: Agnez Monica berang kenyataan tiada darah Indonesia diputar belit - “Saya tidak boleh memilih DNA tapi sentiasa berdiri untuk negara saya!”

Menerusi kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman video dia bersama sekumpulan wanita menemaninya melakukan adat tradisi masyarakat Bali.

Penyanyi lagu Tak Ada Logika ini juga kelihatan anggun mengenakan kebaya tradisional berwarna putih dan rambutnya didandan rapi.

Agnes sedang bercuti bersama keluarga di Bali, Indonesia.

Penampilan Agnez itu menerima pujian rakan artis dan peminat di laman tersebut.

"Cantik sangat-sangat... selamat bercuti!

"Sebagai orang Bali saya sangat bangga! Secara tak sengaja memperlihatkan keindahan negara tercinta kita.

"Cantik, walau di mana kita berada jangan dilupa budaya tempat kita ya," komen pengikut.

Pada November lalu, penyanyi yang sedang menempa nama di peringkat antarabangsa ini dikecam netizen apabila mengakui dirinya tidak berdarah Indonesia. 

Menerusi satu wawancara dalam sebuah dokumentari di Amerika Syarikat, Agnez Monica memberitahu bahawa dia berasa sedikit berbeza berbanding rakyat Indonesia lain.

Kenyataannya itu telah mengundang pelbagai reaksi dari peminatnya.

Agnez Monica

Artikel Lain