suria

Yuni Shara bergaya sakan ketika banjir, hot pants jeans koyak dan boots jenama mewah memang ‘high class’

Warganet melabelkan Yuni Shara sebagi seorang yang pandai bergaya

MUSIBAH banjir besar yang melanda Jakarta, Indonesia turut dirasai oleh beberapa selebriti terkenal termasuk kakak kepada Krisdayanti, Yuni Shara.

Namun ketika orang ramai sibuk menguruskan bencana itu, perkongsian Yuni di Instagram ternyata mencuri tumpuan warganet.

Manakan tidak, Yuni bagaikan berada di pentas peragaan ketika gambarnya diambil yang memperlihatkan rumahnya dimasuki air.

Selain pujian warganet yang menyifatkan Yuni kelihatan muda apabila mengenakan hot pants jeans koyok, kasut yang dipakai juga turut menjadi bualan.

Yuni dilihat memakai sepasang boots potongan tinggi yang kelihatan daripada jenama mewah terkenal.

"Bergaya? Saya tidak fikir pun begitu.

"Tapi kerana air banjir terlalu tinggi, saya terpaksa memakai seluar pendek seperti ini.

"Kebetulan juga saya mempunyai sepasang kasut yang sesuai dipakai ketika banjir," katanya kepada media Indonesia seperti yang dilaporkan portal Kapanlagi.

Yuni Shara, banjir

Artikel Lain