ANGGOTA kumpulan Red Valvet, Joy mendapat peluang untuk berkolaborasi bersama penyanyi Camila Cabello dalam muzik video terbarunya. Menurut Koreaboo, khabar angin yang diterima di Twitter milik The Pop Hub itu menyatakatan bahawa Camila akan mengeluarkan video muzik untuk single terbaru yang turut menampilkan vokal Joy. "Camila Cabello dilaporkan akan mengeluarkan single terbaharunya My Oh My yang akan memaparkan Joy Red Valvet," demikian seperti dilaporkan. Rata-rata peminat kumpulan Red Valvet begitu teruja dan gembira dengan khabar angin yang dikeluarkan oleh The Pop Hub. Peminat juga menyatakan bahawa jika khabar angin itu benar, mereka meminta agar Camila mengeluarkan segera video muzik tersebut.