suria

Kes hina kemaluan isteri... Galih Ginanjar alami gatal-gatal dalam penjara, perlu bedak dan tukar pakaian dalam

Galih sedang berdepan perbicaraan atas hinaan yang dilakukan terhadap bekas isteri Fairuz (gambar kiri).

ISTERI kepada pelakon Galih Ginanjar iaitu Barbie Kumalasari dilihat hadir memberikan sokongan kepada suaminya yang sedang dibicarakan di sebuah mahkamah di Jakarta, Indonesia pada Isnin lalu.

Menurut laporan Liputan6, Barbie memberitahu dia mengatur jadual dan waktu khas untuk hadir memberikan sokongan dan menyaksikan perbicaraan suaminya itu.

"Saya memang aturkan waktu sesuai untuk hadir prosiding kedua ini dan saya kosongkan jadual untuk mendengar perbicaraan suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu hina kemaluan bekas isteri, Fairuz belum boleh maafkan Galih Ginanjar “Harga diri saya dipijak-pijak!”

"Saya juga bawa barang-barang peribadi untuk Galih antaranya bedak gatal, jam tangan, pakaian dalam dan lain-lain," katanya.

Sementara itu, Barbie turut memberitahu suaminya itu mengalami alergi kulit yang teruk sepanjang berada dalam tahanan.

Galih dan isteri tersayang, Barbie.

"Di dalam (tahanan) panas, jadi kulit dia sensitif, sudah beberapa bulan saya bawakan dia bedak untuk merawat gatal-gatalnya... mungkin sebab peluh.

"Dia memang perlukan bedak untuk hilangkan gatal itu, sama juga pakaian dalam kerana sekarang musim hujan, jadi perlu banyak pakaian dalam," ujarnya.

Pada 3 Julai tahun lalu, Galih dikatakan mencemarkan nama baik bekas isteri menerusi sebuah program bual bicara di YouTube dan bakal berhadapan dengan hukum penjara maksimum selama enam tahun kerana tindakannya itu.

Bekas isterinya yang juga seorang aktres iaitu Fairuz A Rafiq membuat laporan polis selepas Galih membuka aibnya secara terbuka dengan menceritakan kisah 'dalam kain' ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

Kes tersebut masih dibicarakan dan sehingga kini masih belum diketahui hukuman yang bakal diterima Galih atas keceluparan mulutnya menyamakan kemaluan isteri dengan bau ikan masin.

Artikel Lain