suria

Mulianya hati Jay Park! Umum derma RM123,000 untuk mangsa kebakaran hutan di Australia

Jay Park berharap agensinya turut memberi sumbangan.

PENYANYI Jay Park membuat pengumuman di Twitter dengan menyatakan kesediaannya untuk memberi sumbangan sebanyak 30,000 dolar Amerika Syarikat (AS) atau RM123,000 bagi membantu kejadian kebakaran yang melanda Australia.

Australia kini berhadapan dengan bencana yang berpunca daripada kebakaran hutan teruk hingga menyebabkan kemusnahan dan kematian.

Jay Park menyatakan hasratnya Twitter.

Menurut laporan koreaboo, Jay Park turut berharap agar agensi naungannya turut memberikan sumbangan.

"Saya berharap ia dapat membantu, berdoa untuk Australia," tulisnya di Twitter.

Rata-rata peminat memberikan sokongan dan memuji sikap Jay Park.

jay park, bencana

Artikel Lain