suria

“Yang penting romantik” - Randy Pangalila dan isteri ‘lepak’ atas bumbung, kenang nasib rumah ditenggelami banjir

Randy dan isterinya, Chelsey Frank.

BANJIR yang melanda ibu negara Indonesia, Jakarta sejak malam tahun baharu turut menjejaskan kediaman dan kenderaan pelakon Randy Pangalila hingga ditenggelami air.

Menurut laporan Liputan6, biarpun terjejas dengan keadaan banjir yang berlaku selama dua hari namun Randy tidak kelihatan panik.

Malah, pelakon itu ada memuat naik foto bersama isterinya, Chelsey Frank sedang duduk di bumbung rumah mereka.

Randy memuat naik foto keadaan di kawasan kediamannya.

"Yang penting romantik," tulisnya ringkas di Instastory.

Foto yang dikongsikannya itu turut memperlihatkan paras air banjir hampir menghilangkan kereta dan memenuhi ruang kawasan rumahnya.

Selebriti Yuni Shara, Rian Dmasiv, Nicky Tirta, Anya Geraldine, Nycta Gina dan Sinyorita juga berkongsi keadaan banjir di lokasi kediaman mereka.

Randy Pangalila, Chelsey Frank

Artikel Lain