SELEPAS beberapa hari gosip hubungan Cody Simpson dan Miley Cyrus berakhir menjadi perbualan hangat, penyanyi tersebut akhirnya tampil menafikannya. Menerusi laporan Hollywoodlife, Cody memberitahu dia tidak mempunyai masa untuk melayan gosip murahan seperti itu. Cody turut menegaskan dia tidak pernah keluar dengan wanita lain di New York seperti yang dilaporkan beberapa media. Cody dan Miley masih dilamun cinta. "Cody ada persembahan untuk malam sambutan tahun baru di Aspen. Dia juga ada mengajak Miley untuk turut bersama," kata sumber. Baru-baru ini, ada beberapa media melaporkan pasangan itu sudah berpisah selepas Cody dilihat bermesraan dengan model Playboy di New York. Bagaimanapun, kakak kepada Cody iaitu Alli mengesahkan Cody dan Miley masih hangat bercinta.