suria

Adik Isa Khan bercerai selepas 11 bulan berkahwin secara rahsia dengan instafamous Indonesia

Aliff dan Aska Ongi mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia lapan bulan.

TIDAK sampai setahun mendirikan rumah tangga, pelakon yang mencipta nama di Indonesia iaitu Aliff Alli dilaporkan bercerai dengan isterinya Aska Ongi selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Pendedahan itu dibuat selepas peminat bertanyakan mengenai status perkahwinan mereka di ruang komen salah satu foto yang dikongsikan Aska Ongi di Instagramnya.

Menurut Aska Ongi, dia sudah tidak tinggal bersama adik kepada pelakon Miller Khan dan Isa Khan selepas perkahwinan yang dibina secara rahsia itu telah berakhir pada 11 November tahun lalu.

Aska Ongi dedah dia dan Aliff sudah bercerai pada 11 November tahun lalu.

"Sudah bercerai pada 11 November tahun lalu dan saya juga sudah berpindah," tulisnya.

Pada Jun tahun lalu, sebuah portal melaporkan pasangan itu berhadapan dengan masalah rumah tangga selepas dikurniakan cahaya mata pada 2 Mei 2019.

Dalam pada itu, Aska Ongi turut mengakui dia tidak berasa kesal dan menganggap perpisahan itu merupakan keputusan yang terbaik buatnya.

Katanya, biarpun perkahwinan mereka hanya sekejap namun kehidupan perlu diteruskan kerana keutamaan kini adalah anaknya.

Sehingga kini, Aliff mengambil langkah berdiam diri mengenai perceraiannya.

Manakala menerusi laporan Kapanlagi, sehingga kini Aliff masih mengunci mulut mengenai perceraian mereka.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan.

Sebelum ini, Aliff pernah berkahwin dengan model bernama Nora Alexandra pada 2016 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama setahun.

Sumber - Kapanlagi, Matamata.com

Artikel Lain