suria

Wajah semakin cantik kerana pembedahan plastik? Ini jawapan 'win' Rossa!

Rossa jawab pertanyaan netizen kononnya dia melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.

PENYANYI Datuk Seri Rossa menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya melakukan pembedahan plastik untuk mendapatkan wajah yang cantik.

Rossa, 41, menjelaskan dia hanya menggunakan filter atau aplikasi khas suntingan foto sebelum memuat naiknya di laman sosial.

"Baca komen di post saya sebelum ini, saya nak ajak orang menderma untuk mangsa banjir tapi kebanyakan komen bercakap mengenai wajah saya pembedahan plastik.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Halloween, Rossa hormati pilihan Melly untuk 'unfollow' instagram

"Kakak abang, pernah dengar aplikasi Snow, nah! aku pakai itu juga, silalah cuba biar cantik juga," tulis Rossa menerusi Instagram pada Jumaat.

Rossa membuat penjelasan mengenai wajahnya di Instagram.

Sebelum itu, Rossa ada memuat naik rakaman video khas yang meminta orang ramai menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Jakarta, Indonesia.

Bagaimanapun, rata-rata pengikut lebih teruja dengan perubahan pada wajah Rossa yang dikatakan semakin mulus dan jelita.

Malah, ada juga netizen yang membuat andaian kononnya penyanyi lagu Pudar ini cantik kerana pembedahan plastik.

Rossa

Artikel Lain