suria

Pernah terpegang tangan Alisha Wainwright, rumah tangga Justin Timberlake dan Jessica Biel masih utuh!

Foto pertama pasangan ini dilihat bersama selepas kontroversi pegang tangan Alisha Wainwright pada Disember tahun lalu.

SELEPAS sebulan kontroversi pegang tangan Alisha Wainwright berlalu, penyanyi Justin Timberlake akhirnya dilihat meluangkan masa bersama dengan isterinya, Jessica Biel baru-baru ini.

Foto pasangan itu sedang menikmati makan malam pada Khamis lalu di sebuah restauran di Los Angeles sempat dirakam oleh paparazi.

Kemesraan yang ditonjolkan pasangan itu sekaligus menepis dakwaan rumah tangga mereka dilanda masalah akibat isu pegang tangan tersebut.

Sebelum ini, Justin memohon maaf atas tindakannya memegang tangan pasangan lakonannya, Alisha Wainwright pada Disember tahun lalu.

Menurut Justin, dia tidak menyedari perbuatan tersebut kerana ketika itu dirinya dalam keadaan mabuk.

Justin turut meminta maaf kepada isteri dan keluarganya atas kesilapannya sehingga membuatkan mereka perlu melalui situasi yang memalukan itu.

Sumber - Hollywoodlife.

Artikel Lain