KEHILANGAN pembantu peribadi bintang sensasi Kylie Jenner iaitu Victoria Villarroel akhirnya terjawab apabila wanita itu disahkan telah meletak jawatan baru-baru ini. Menurut sumber terdekat usahawan kosmetik itu, Victoria didakwa meletak jawatan gara-gara mahu memberikan fokus terhadap kerjaya terbaharunya iaitu sebagai Influencer. "Victoria mempunyai impian untuk menjadi seorang Influencer dan dia sedang fokus dengan kerjaya barunya itu," kata sumber terbabit. Tambahnya, Kylie bersifat profesional sebaik mengetahui impian bekas pembantu peribadinya itu malah menghormati keputusan yang telah dibuatnya. Malah, katanya, Kylie dan Victoria masih berkawan rapat dan tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan terhadapnya. Kylie menyatakan sokongan terhadap impian menjadi seorang bintang media sosial bekas pembantu peribadinya itu. "Mengenai hubungan Kylie dan Victoria, mereka masih berkawan dan rapat seperti biasa. "Kylie tidak pernah menyimpan perasaan marah terhadap Victoria kerana impiannya itu. "Sebaliknya Kylie sangat memberi semangat terhadap apa yang ingin dilakukan bekas pembantu peribadinya itu," katanya. Victoria sebelum ini ada memuat naik sekeping foto bersama bekas majikannya itu ketika mereka pulang daripada sebuah konsert. Kylie juga dilihat turut berkongsi foto sama dan Victoria meninggalkan komen too much fun. - Usweekly.com