SELEPAS pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap penyanyi Indonesia, Judika berhubung pembabitannya dalam pelaburan haram atas talian, pengurusnya, Adjie tampil menafikan dakwaan itu. Menurut Adjie, tiada sebarang perjanjian yang dibuat antara Judika dengan pihak terbabit termasuk perlantikan duta syarikat MeMiles itu. "Sama sekali tiada apa-apa persetujuan dibuat antara kami. "Malah kalau dibuka Instagramnya juga tiada apa-apa kaitan pun dengan Judika. "Pihak polis memberitahu Judika hanya terbabit sebagai saksi dan tidak terlibat dalam sebarang perlantikan sebagai duta," katanya. Judika terpalit kontroversi terlibat pelaburan haram gara-gara membuat persembahan nyanyian pada sebuah majlis. Jelas Adjie, timbul desas-desus kononnya penyanyi itu terlibat dengan penipuan melalui pelaburan atas talian gara-gara dia membuat persembahan pada sebuah majlis yang dianjurkan syarikat berkenaan. "Mungkin persepsi orang ramai pada ketika itu yang mengaitkan Judika dengan isu ini. "Padahal Judika berada di situ untuk membuat persembahan. "Ya, kami ketawa saja kerana rasakan ia kelakar. Judika selalu saja buat persembahan nyanyian kerana diundang oleh mereka," ujarnya. - Liputan6.com