PENDATANG baharu Billie Eilish menyapu bersih kesemua empat kategori utama termasuklah Album Terbaik bagi album When We All Fall Asleep, Where Do We Go? di Anugerah Grammy ke-62 yang berlangsung di Staples Centre, Los Angeles malam Ahad (waktu tempatan).
Billie Eilish, 18, turut membawa pulang trofi anugerah Lagu Terbaik dan Rekod Terbaik menerusi lagu popularnya, Bad Guy.
Menurut Eilish, dia dan abangnya Finneas O'Connell merakam album tersebut bukan untuk memenangi anugerah Grammy namun sekadar luahan perasaan.
Billie Eilish dan Finneas O'Connell.
"Kami membuat album itu bukan untuk menang Grammy. Kami tulis mengenai kemurungan dan cubaan membunuh diri serta perubahan sekeliling," katanya.
Selain tiga anugerah itu, penyanyi yang dibesarkan di Highland Park, Los Angeles turut memenangi anugerah Artis Baharu terbaik.
Manakala penyanyi R&B, Lizzo mendahului senarai apabila meraih tiga anugerah pada malam kemuncak Anugerah Grammy.
Lizzo yang mendapat lapan pencalonan memenangi kategori Persembahan Tradisional R&B Terbaik untuk lagu Jerome; Album Urban Kontemporari Terbaik bagi album Cuz I Love You serta Persembahan Pop Solo Terbaik menerusi lagu Truth Hurts.
Lizzo mempersembahan lagu medley yang ditujukan kepada Kobe Bryant.
Lizzo turut menyampaikan lagu secara medley berjudul Cuz I Love You dan Truth Hurts yang ditujukan kepada legenda bola keranjang, Kobe Bryant terbunuh selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di California pada Isnin.
Lil Nas X dan penyanyi penyanyi Country, Billy Ray Cyrus memenangi kategori Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik menerusi lagu Old Town Road (Remix).
Anugerah Grammy edisi kali ini dihoskan penyanyi Alicia Keys dan turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Ariana Grande, Demi Lovato, BTS, Aerosmith, Camilla Cabello, dan ramai lagi.
Berikut senarai pemenang Anugerah Grammy ke 62
Album Terbaik: When We All Fall Asleep, Where Do We Go? - Billie Eilish
Rekod Terbaik: Bad Guy - Billie Eilish
Lagu Terbaik: Bad Guy - Billie Eilish
Artis Baharu Terbaik: Billie Eilish
Persembahan Pop Solo Terbaik: Truth Hurts - Lizzo
Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik: Old Town Road -Lil Nas X Feat. Billy Ray Cyrus
Persembahan Rock Terbaik: This Land - Gary Clark Jr
Lagu Rock Terbaik: This Land - Gary Clark Jr
Album Rap Terbaik: Igor - Tyler, The Creator
Persembahan Rap/Nyanyian Terbaik: Higher - DJ Khaled Feat. Nipsey Hussle & John Legend
Persembahan Tradisional R&B Terbaik: Jerome - Lizzo
Lagu R&B Terbaik: Say So - Pj Morton Ft. Jojo
Album Urban Kontemporari Terbaik: Cuz I Love You - Deluxe, Lizzo
Album R&B Terbaik: Ventura - Anderson. Paak
Persembahan Country Solo Terbaik: Ride Me Back Home - Willie Nelson
Persembahan Country Duo/Berkumpulan Terbaik: Speechless - Dan + Shay
Lagu Country Terbaik: Bring My Flowers Now - Tanya Tucker
Album Country Terbaik: While I'm Livin - Tanya Tucker