BERITA mengenai legenda bola keranjang dunia, Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna yang terbunuh dalam satu nahas helikopter pada Ahad turut mendapat perhatian penyanyi Jennifer Lopez. Menerusi Instagram Jennifer tidak dapat membayangkan perasaan isteri kepada bintang sukan itu, Vanessa yang terpaksa melalui dugaan kehilangan suami dan anak pada waktu yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak zahir kesedihan susulan kematian Kobe, kongsi tribute di laman sosial "Saya melihat gambar-gambar Kobe dan teringat kenangan mengenai dirinya. Keluarga sangat penting. Kita semua berasa sedih dengan kehilangan ini. Jennifer meluahkan rasa sedih dengan kehilangan Kobe dan Gianna. "Tetapi apa yang saya fikir sekarang tidak dapat dibandingkan dengan Vanessa yang terpaksa melalui dugaan ini. "Saya berasa simpati dan sentiasa mendoakan anda dan anak-anak serta keluarga yang terlibat dalam tragedi itu. "Perkara yang paling tidak adil dalam hidup apabila kehilangan seorang anak dan suami dalam pada hari yang sama," tulisnya. Menerusi laporan Mirror, Kobe dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun itu dalam perjalanan ke tempat latihan di lokasi berdekatan Thousand Oaks. Jennifer mempunyai hubungan baik dengan Kobe dan isterinya, Vanessa. Sewaktu kejadian, helikopter yang dinaiki mereka terbakar sebelum terhempas di Bandar Calabasas, California. Selain Gianna, Kobe dan Vanessa mempunyai tiga orang anak perempuan, Natlia, Bianca dan Capri. Dalam pada itu, Jennifer mendoakan agar Vanessa dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam tragedi tersebut kuat menghadapi dugaan. "Vanessa, saya berdoa untuk anda kuat dan Tuhan membimbing setiap langkah anda untuk melalui kesedihan yang tidak dapat dibayangkan. "Kepada keluarga lain yang mengalami tragedi ini, semoga Tuhan sentiasa bersama anda semua. Kami semua akan merindui anda, Kobe," katanya.