DESAS-DESUS mengenai berita perceraian bintang sensasi Kim Kardashian dan suaminya, Kanye West semakin bertiup kencang. Bagaimanapun sumber terdekat memberitahu bahawa pasangan itu sebenarnya sedang berusaha menyelamatkan perkahwinan mereka termasuk mendapatkan khidmat nasihat pakar seksologi. "Ya, dua tahun sebelum ini mereka pernah berjumpa kaunselor dan baru-baru ini pasangan itu bertemu sekali lagi setiap hujung minggu. "Yang pasti, sesi terapi itu adalah untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama ini," ujarnya. Khabar angin mengenai Kim dan Kanye bakal bercerai semakin bertiup kencang. Dalam pada itu, pasangan selebriti ini dikatakan memberikan kerjasama yang baik demi memperbaiki hubungan mereka sepanjang sesi terapi malah turut mencuba beberapa kaedah terbaharu, seperti yang dinasihatkan oleh pakar. "Mereka ada sesi terapi sekurang-kurangnya seminggu sekali di mana masing-masing akan meluahkan perasaan kecewa kepada pakar. "Pakar itu kemudian akan membantu mereka untuk berkomunikasi dengan lebih baik selain turut menasihat mereka berhubung kehidupan seksual mereka," katanya. Untuk rekod, Kim Kardashian yang juga merupakan seorang jutawan kosmetik ini mengupah seorang penyiasat untuk mengintip dan memerhati pergerakan suaminya, Kanye West sepanjang program jejalah bagi mempromosikan album terbaharunya, Jesus is King. - TheHollywoodGossip.com