SEMBILAN tahun mendirikan rumah tangga pelakon Indonesia Irwansyah dan Zaskia Sungkar masih belum dikurniakan cahaya mata. Ketika ditemubual Raffi Ahmad, Irwansyah mengakui tergores setiap kali diaju soalan sedemikian. "Saya ada perasaan marah kalau ditanya kenapa belum ada anak lagi sehingga sekarang. "Saya ingin sahaja meminta orang itu bertanya terus kepada Allah jangan tanya saya," ujarnya menerusi saluran Youtube Raffi Ahmad. Irwansyah bersama isteri ditemubual Raffi Ahmad. Bagaimanapun, Irwansyah berkata, dia masih boleh bersabar menjawab pertanyaan itu. Baginya, perkara itu melatih dirinya untuk menjadi lebih sabar. "Ya.. santai sahaja sekarang Allah punya sesuatu perancangan yang indah buat kami," ujarnya. SUMBER: DETIK HOT