suria

Enggan peminat keliru, Jung Yoo Mi akhirnya mengaku sedang bercinta dengan Kangta

Jung Yoo Mi akhirnya mengaku sedang bercinta dengan Kangta.

PELAKON Jung Yoo Mi mengesahkan bahawa dia dan penyanyi Kangta menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu.

Agensi SM Entertainment (SME) yang mengesahkan perkara itu berkata, pasangan kekasih enggan berkongsi kepada peminat mengenai perkara itu pada awal percintaan mereka.

Menerusi surat yang ditulis Jung Yoo Mi berkata, dia membuat keputusan untuk berkongsi mengenai berita baik itu kerana enggan membiarkan peminatnya keliru dengan khabar angin membabitkan dirinya.

"Hello, saya Jung Yoo Mi. Saya menulis surat ini untuk memberitahu kepada mereka yang terkejut mengenai berita pagi ini dan tidak kurang juga buat mereka yang menyokong keputusan saya.

"Benar, ketika ini saya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang yang juga merupakan kawan baik saya. Saya sudah memikirkan hal ini dan terbuka hati untuk memberitahu mengenai perasaan saya sendiri.

Jung Yoo Mi dan Kangta sedang menjalinkan hubungan cinta.

"Meskipun saya amat bimbang untuk berkongsi mengenai kisah peribadi saya tapi saya tak mahu menafikan keputusan yang saya pilih.

"Mungkin agak sukar dan menakutkan untuk saya secara terbuka berkongsi mengenai kisah cinta ini namun saya harap idea ini adalah baik," tulisnya.

Kisah cinta pasangan ini mula diperkatakan ramai pihak sejak tahun lalu selain dilihat menghabiskan masa bersama ketika bercuti ke Pulau Jeju.

Kangta merupakan salah seorang ahli kumpulan HOT - Allkpop.com

Jung Yoo Mi, Kangta, HOT

Artikel Lain