PELAKON popular Indonesia, Sandra Dewi mengaku bimbang untuk membawa anak-anak keluar rumah kerana penularan wabak koronavirus. Justeru itu, dia terpaksa mengambil beberapa langkah perlindungan bagi memastikan keluarganya berada dalam keadaan selamat. Selain mewajibkan pemakaian topeng muka, Sandra juga tidak membenarkan anaknya pergi ke sekolah. "Saya pergi mana-mana pun memang pakai topeng muka, apatah lagi bila ada pelbagai virus. "Sekarang anak pun tak masuk sekolah atau pergi pusat membeli-belah... biarlah mereka duduk di rumah sahaja. "Walaupun masing-masing tak suka duduk rumah, tapi nak buat macam mana, banyak isu virus, duduklah rumah sampai bosan," katanya. Sementara itu, Sandra berkata dia terpaksa mengambil tindakan berjaga-jaga kerana mahu keluarganya berada dalam keadaan sihat. "Kalau dulu tak takut mati, sekarang ni takut mati sebab ada anak... jadi seorang ibu selalu terfikir kalau saya tiada, macam mana dengan anak. "Ibu ibarat penjaga gawang, kena sentiasa hati-hati. Yang penting anak sihat, kalau tak sihat segera bawa ke doktor, kita mahu terbaik untuk anak," ujarnya. SUMBER: Liputan6