suria

“Mereka jahat...!” - T.O.P (Big Bang) enggan buat 'comeback' di Korea

T.O.P kecewa dengan sikap segelintir netizen di negara kelahirannya.

ANGGOTA kumpulan Big Bang iaitu T.O.P membuat kenyataan mengejutkan apabila memberitahu enggan melakukan promosi nyanyiannya di negara kelahirannya, Korea.

Menurut laporan Allkpop, T.O.P meluahkan rasa kecewa itu semasa bersiaran langsung menerusi laman Instagram miliknya.

"Saya hanya ingin menunjukkan kepada kamu siapa diri saya sekurang-kurangnya sekali sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: T.O.P. (Big Bang) kembali aktif di Instagram selepas setahun

"Saya cuma mahu tunjuk kepada orang ramai bagaimana kehidupan saya kerana saya fikir tak semua orang tahu. Saya selalu rasa bersalah terhadap peminat saya.

"Saya tak mahu buat comeback di Korea. Saya tak mahu lagi buat sebarang kemunculan semula. Mereka terlalu jahat... orang itu!," katanya.

Kenyataan T.O.P itu mengundang pelbagai persoalan daripada peminat, seolah-olah ditujukan kepada netizen di Korea yang gemar meninggalkan komen negatif.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak pengurusan YG Entertainment masih belum mengeluarkan kenyataan.

TOP, Big Bang

Artikel Lain