suria

Barbie Kumalasari didakwa berlaku curang ketika Galih Ginanjar dalam penjara

Isteri Galil dikatakan berlaku curang ketika dia masih di penjara.

KETIKA pelakon Galih Ginanjar masih menjadi tahanan polis, isterinya iaitu Barbie Kumalasari didakwa berlaku curang.

Menurut laporan Liputan6, Barbie didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Kriss Hatta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes hina kemaluan isteri... Galih Ginanjar alami gatal-gatal dalam penjara, perlu bedak dan tukar pakaian dalam

Bagaimanapun, Barbie tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan sulit dengan mana-mana lelaki.

Galih berhadapan hukuman penjara selama enam tahun gara-gara menghina kemaluan bekas isterinya, Fairuz (kiri).

"Saya memang ramai kenalan lelaki tetapi sekadar kawan sahaja," ujarnya.

Biarpun rumah tangga pasangan ini dikatakan sedang berantakan namun mereka masih berusaha untuk mempertahankannya.

Galih berhadapan dengan hukuman penjara maksimum selama enam tahun selepas mencemarkan nama baik bekas isteri, Fairuz A Rafiq menerusi sebuah program bual bicara di YouTube pada Julai tahun lalu.

Kes tersebut masih dibicarakan dan sehingga kini belum diketahui hukuman yang bakal diterima Galih atas keceluparan mulutnya menyamakan kemaluan bekas isteri dengan bau ikan masin.

Artikel Lain