suria

Bawa watak hantu dalam drama 'Goblin', Go Soo Jung meninggal dunia

Go Soo Jung pernah membintangi drama Goblin.

DUNIA hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita sedih pelakon Go Soo Jung meninggal dunia pada 7 Februari lalu.

Berita itu disahkan oleh agensi aktres berkenaan Story J Company dan mayat telah dikebumikan secara tertutup pada 9 Februari lalu.

Menerusi laporan Soompi, aktres yang pernah membintangi drama popular Goblin itu meninggal dunia disebabkan penyakit yang dialaminya.

Go Soo Jung meninggal dunia pada 7 Februari lalu.

"Go Soo Jung sudah meninggal dunia dan menjadi bintang yang menyinar di langit. Kami akan sentiasa mengingatinya. Bersemadilah dengan tenang," ujar agensi dalam satu kenyataan.

Go Soo Jung memulakan kerjaya seni pada tahun 2016 menerusi drama Goblin.

Mendiang membawakan watak sebagai hantu yang sering mengikuti Ji Eun Tak atau nama sebenarnya Kim Go-eun.

Selain itu, mendiang juga pernah menjadi bintang muzik video BTS dan salah seorang artis muda yang dianggap berpotensi.

Goo Soo Jung

Artikel Lain