suria

Nia Ramadhani mengaku kali pertama beli beg jenama berharga RM13,000 di Indonesia

Nia Ramadhani mengaku pertama kali membeli beg berjenama mewah di Indonesia.

PELAKON Nia Ramadhani kembali menjadi perbualan peminat dan netizen apabila mengakui pertama kali membeli beg berjenama di Indonesia.

Menurut laporan Kapan Lagi, Nia berkongsi mengenai perkara itu ketika bersiaran dalam program Ngopi Dara pada Sabtu lalu.

"Ini pertama kali saya beli tas tangan di Indonesia," kata Nia kepada pengacara bersama, Jessica Iskandar.

Hasil carian di laman web rasmi jenama tersebut mendapati tas tangan bewarna hijau itu bernilai AS$3,150 (RM13,000).

Sebelum ini, tas tangan jenama Dior itu mencuri perhatian peminat semasa Nia memuat naiknya di laman Instagram.

Nia ketika itu bergambar santai di tangga sambil memegang beg tersebut sambil bergambar di depan cermin.

Nia Ramadhani

Artikel Lain