PERSOALAN lokap untuk lelaki atau perempuan yang akan dihuni oleh penyanyi Lucinta Luna sepanjang berada dalam tahanan polis akhirnya terjawab! Menurut Pengarah Tahanan dan Barang Bukti Polis Daerah Metro Jaya, AKBP Barbanas S Imam memberitahu penyanyi kontroversi itu akan ditahan di sebuah ruangan khas. "Dia belum sampai dekat kita lagi ya, tetapi kita dah sediakan sel khusus... sel itu terletak di blok wanita cuma dia tinggal sendirian. "Kita sentiasa memikirkan mengenai keselamatan dan siapa pun tahanan, kita harus menjaga keselamatan fizikal dan mental untuk menghindar buli dan sebagainya. Itu kewajiban kita," katanya. Sementara itu, Barnabas memaklumkan Lucinta akan ditahan selama 20 hari atas dakwaan penyalahgunaan dadah. Sebelum ini, identiti dan jantina Lucinta Luna menjadi perbualan hangat masyarakat apabila dia dikatakan seorang transgender yang menukar jantina daripada lelaki kepada perempuan. Bagaimanapun, setelah ditahan kerana kes dadah, isu jantina asal Lucinta kembali menjadi perhatian sehinggakan pihak polis terpaksa mendedahkan identiti sebenar penyanyi tersebut. Malah, polis Indonesia juga bingung sama ada mahu menempatkan penyanyi berumur 30 tahun itu di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya. Menurut media tempatan, Lucinta ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada jam 1.30 pagi. Selebriti itu ditahan bersama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan sepasang suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil ecstacy di apartmennya. Lucinta popular dengan lagu berjudul ‘Bobo Dimana’ ini pernah menghasilkan klip video lagu berkenaan bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat. SUMBER: Liputan 6