suria

IU beri amaran kepada individu cuba godam Instagramnya

IU terima banyak mesej ada orang cuba menggodam akaun Instagramnya.

PENYANYI terkenal IU memberi amaran kepada mana-mana pihak atau individu yang cuba untuk menggodam akaun peribadi laman sosialnya.

Menerusi laman Instagramnya, IU memberitahu dia menerima banyak mesej mengatakan ada orang cuba mengambil alih akaun Instagramnya.

"Saya sudah lama tidak aktif menggunakan akaun Instagram tapi saya dapat tahu yang saya ada mengikuti akaun yang saya sendiri tidak tahu.

"Sebelum ini pernah berlaku. Saya terima banyak mesej mengenai ada pihak cuba godam akaun Instagram saya.

"Akaun yang menggunakan nama The Jang Man Wol pun hampir digodam juga. Berhentilah. Jangan godam! Ia milik saya!" tulisnya.

Sumber - Soompi 

IU, godam, Instagram

Artikel Lain