suria

Kecoh! Laudya Cynthia Bella padam foto bersama Engku Emran termasuk foto pernikahan

Laudya tidak lagi berkongsi foto bersama suami.

RUMAH tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan suaminya, Engku Emran kini menjadi perbualan hangat netizen yang membuat andaian hubungan pasangan itu kini dilanda badai.

Menurut laporan Liputan6, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Laudya yang dikatakan telah memadam kesemua foto bersama suaminya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: “Wanita zaman sekarang memang suka kita punya” - Ada yang cuba rampas suami Laudya Cynthia Bella?

ARTIKEL BERKAITAN: Laudya Akhirnya Jadi Milik Engku Emran

Engku Emran dan Laudya berkahwin pada 8 September 2017 di Kuala Lumpur.

Walaupun gambar suami sudah tiada namun foto bersama anak tirinya, Engku Aleesya masih disimpan di laman sosialnya.

Bagaimanapun baru-baru ini tersebar foto Laudya dan Engku Emran menghadiri sebuah majlis bersama sekali gus menepis dakwaan rumah tangga mereka berantakan.

Sebelum ini, Laudya pernah memberitahu dia tidak akan berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana ingin menjaga privasi.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Artikel Lain