KEMATIAN Ashraf Sinclair pada Selasa meninggalkan rasa duka yang sangat dalam khususnya dalam kalangan selebriti, termasuk Melly Goeslaw. Melly Goeslaw antara selebriti yang mendukung kerjaya musik BCL dan merupakan seorang sahabat kepada arwah Ashraf Sinclair. Melly Goeslaw juga seorang penulis lagu Cinta Sejati dalam soundtrack filem Habibie dan Ainun itu yang berperanan menaikkan kerjaya BCL. ARTIKEL BERKAITAN: “Beruntung pergi dalam tidur, kami masih tak percaya!” - Rakan artis, peminat banjiri Instagram Ashraf Sinclair ARTIKEL BERKAITAN: Tiara Jacquelina kongsi mesej terakhir Ashraf, tak dapat sertai PGL The Musical Melly Goeslaw memuat naik gambar BCL bersama arwah suaminya ketika mereka bercuti ke luar negara. "Dear Unge (BCL) turut berduka atas wafatnya belahan jiwamu Ashraf Sinclair, semoga arwah ditempatkan di surga terindah Allah SWT, kamu diberikan lautan ikhlas dan sabar seluas luasnya," tulisnya. Keluarga bahagia Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Selasa. Allahyarham meninggalkan seorang balu Bunga Citra Lestari dan seorang anak Noah Aidan Sinclair, 10. Melly juga meminta netizen agar tidak menulis iklan di ruangan komen bagi menghormati pemergian Ashraf Sinclair. "Insya Allah nanti disatukan kembali di keabadian. Terima kasih untuk semua yang tidak berdagang di postingan saya ini. Dan mohon kiranya membacakan Alfatehah (bagi yang Muslim) untuk Allahyarham," tambahnya. Ibu dua anak ini turut kembali mengikut akaun Instagram kepunyaan BCL selepas lima bulan berhenti mengikutnya gara-gara berkecil hati. Sebelum itu, hubungan mereka yang dikhabarkan dingin selepas berlaku salah faham di parti Halloween pada Oktober tahun lalu.