suria

Bunga Citra Lestari mula bekerja, bakal tampil di konsert Ronan Keating Sabtu ini

Bunga Citra Lestari.

BIARPUN sedang berduka, penyanyi Bunga Citra Lestari sudah mengesahkan untuk muncul di konsert penyanyi antarabangsa Ronan Keating.

Acara itu akan berlangsung di Pullman Central Park, Jakarta Barat pada Sabtu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

Menurut penganjur, BCL akan berkolaborasi bersama Ronan Keating dan Christian Bautista.

"Ya (BCL) sudah mengesahkan akan meneruskan persembahan.

"Walaupun sedang berduka, BCL memastikan secara profesional dirinya tetap tampil pada konsert itu," ujar Pegawai Perhubungan Media Relation Fullcolor, Rizky.

Tambahnya, BCL sudah mengenali Ronan Keating sejak tahun 1990-an.

Dalam acara itu, penyanyi lagu Cinta Sejati itu membuat persiapan beberapa lagu yang akan dibawakan secara solo dan duet bersama Ronan dan Christian Bautista.

Sebelum ini, suami BCL iaitu pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu di kediamannya akibat serangan jantung.

SUMBER: TRIBUN NEWS

Bunga Citra Lestari

Artikel Lain