AYAH daripada penyanyi Meghan Trainor menjadi mangsa langgar lari. Seperti dipetik CNN, Meghan setia menemani bapa yang sedang dalam proses pemulihan. Dia memuat naik perkara itu di Instagram peribadinya. "Saya sedang bersama ayah. Terima kasih untuk semua mesej manis yang anda kirimkan. "Kejadian itu sangat menakutkan namun dia adalah bapa yang kuat," tambahnya. Hujung minggu lalu bapa daripada Meghan, Gary Trainor, menjadi mangsa langgar lari. Penyanyi berumur 26 tahun itu sememangnya sangat rapat dengan bapanya. Malah, Gary pernah membuat kejutan kepada anak perempuannya semasa membuat persembahan di The Voice UK. Dia muncul sebagai peserta dan menunjukkan kemahirannya bermain pianonya ketika Meghan menjadi salah seorang juri. Meghan tidak malu memberitahu bahawa bapa banyak menjadi inspirasi dalam dunia muzik hingga sekarang. "Setiap kali saya mengadu tentang apa sahaja, dia akan jawab, 'Kehidupan akan menjadi lebih baik jika anda membiarkannya pergi'. "Kadang-kadang anda tidak dapat mengawal apa yang berlaku, tetapi anda boleh mengawal bagaimana anda melihatnya dan bagaimana anda tetap positif atau mencari kebaikan di dalamnya," ujarnya.